Tips yang dimaksudkan disini ialah cara-cara yang betul membeli emas
di kedai emas,tak kira la sama ada kedai Cina atau kedai Melayu dan India. ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang
betul membeli emas. Diantara Tips-tips tersebut adalah:
Tip1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua
jenis ketulenan emas itu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang.
Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia
telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah lihat
pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa
dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan
kesan kehitaman.
Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan
barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung
memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak
jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat
bacaan yang tepat bagi barang kemas yang berlubang ataupun mempunyai batu
pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak
dan payah patah, putus, bengkok atau rosak. Bila barang kemas tu rosak,
terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskaun 25%!
Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak
dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang
kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya
sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas
916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk
pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang
kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.
Tip4: Simpan resit belian
Resit
asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar,
dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas
yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik
dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia
akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.
Tip5: Jangan beli emas putih
Emas
putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal
daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih
mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan
logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat
cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga
kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan
30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan
mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari
sudut pelaburan.
Tip6: Survey kos upah paling rendah.
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.
Tip7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di kedai emas berhampiran.
Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara
puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada
juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk
barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, tips
ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas
yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh
dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air,
insyaAllah.
No comments:
Post a Comment