Tuesday, December 17, 2013

Kenapa Perlu Simpan Emas

1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai,amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi.Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?sudah tentulah tidak.Tetapi jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak.inilah contoh paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2.Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat..simpan di ASB  dpt 8% dividen.Dan kenaikan hrga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun..
3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

Sumber: http://www.hargaemas.com.my/

Saturday, November 16, 2013

Mengenai Bisnes GSR

Ramai pelanggan tanya.. boleh cite dgn lebih lanjut tentang bisnes GSR?


Pihak GSR adalah sebuah syarikat yang membekalkan emas perak harga borong. Contohnya

Harga emas di Kedai 916 : RM190/gram + Upah
Harga emas di GSR 916 = RM170/gram + FREE UPAH

Apabila anda menjadi pengedar GSR secara automatik anda sudah menjadi peniaga emas kecilan di mana kami membekalkan emas kepada anda dengan harga borong + free upah. So, anda akan dapat maksimum keuntungan jualan.

Banyak Kelebihan yang akan diberikan dan juga insentif.

MODAL PERMULAAN : RM 1,000.00 SEKALI seumur hidup
(Tiada Renewal)

Berikut adalah Keuntungan bila Menjadi Pengedar GSR:

KOMISYEN
Produk Emas (916/999/goldbar)
1. Komisyen personal dari RM 11.00-RM 16.50/g
2. Komisyen Belian Semula - RM 4.00/gram (Direct)
3. Komisyen Belian Emas Terpakai - RM 3.00/gram (Direct)
4. Kos Penghantaran PERCUMA

Produk Silver :
1.Keuntungan Personal : 2-3%
2.Keuntungan Belian Semula : 16-21%
3. Percuma Kos Penghantaran (T&C))

ANDA DAPAT BANTUAN MARKETING SECARA PERCUMA :

PERCUMA - Kos Penghantaran
PERCUMA - Website Marketing Percuma
PERCUMA – Kos Penghantaran Silver Percuma (T&C)
PERCUMA - 1 Buku Resit Pembayaran
PERCUMA - Flayers GSR 200 pcs
PERCUMA - Card Member GSR (diumumkan)
PERCUMA - Jaket GSR (S,M,L,XL & XXL)
PERCUMA - Bussines Card 300 pcs
PERCUMA – Seminar Anjuran Dealer & Syarikat (Setiap Bulan)
PERCUMA – Kursus Marketing Power (RM 800.00)
Khairat Kematian : RM500 ( 2 Tahun Pertama)

Secara kesimpulannya, dengan bermodalkan RM 1,000 sahaja SEKALI seumur hidup, anda akan DIBEKALKAN dengan peralatan dan persediaan untuk menjadi peniaga emas secara mobile dan sistem sokongan yang berterusan. TIADA produk emas atau perak yang diberikan.

Konsep perniagaan secara ini tidak memerlukan tuan ada stok di tangan.

Harap tuan berpuas hati dengan jawapan kami.

Terima kasih.
Mohd Aimi Bin Abdullah (HP: 013-4070793)

Star Dealer SL 0326
Gold Silver Resources (M) Sdn Bhd (968449-A)
Website : www.gsr2u.com.my





Saturday, November 2, 2013

Tips Membeli Barang Kemas

Tips yang dimaksudkan disini ialah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira la sama ada kedai Cina atau kedai Melayu dan India. ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Diantara Tips-tips tersebut adalah:

Tip1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas itu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah lihat pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang berlubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok atau rosak. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskaun 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

Tip4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

Tip5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Tip6: Survey kos upah paling rendah.
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

Tip7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di kedai emas berhampiran.

Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.

Mudah-mudahan, tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.

Tuesday, September 24, 2013

Kenapa Perlu Simpan Emas? Apakah Kelebihannya?

1. Keselamatan (Security) Wang yang kini anda menyimpan di bank akan hilang secara beransur-ansur tanpa anda sedari atau tidak kerana caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Sekiranya, akaun simpanan bank anda tidak aktif, pihak bank berkemungkinan akan memotong beberapa ringgit dari akaun simpanan anda sebanyak RM10-RM30 dan juga kemungkinan wang simpanan anda yang simpan selama ini akan terus diambil sepenuhnya, apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun anda. Walaubagaimanapun simpanan aset emas, sama sekali selamat daripada dikenakan caj-caj ini adalah kerana tidak seperti wang kertas kerana ia adalah hak milik mutlak dan peribadi anda.

2. Perlindungan (Protection) Simpanan dalam bentuk Wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi hari demi hari namun tidak pada Emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas. Malahan ia adalah suatu bentuk perlindungan 'sekuriti' atau 'insurans' yang dapat menjamin nilai titik peluh anda yang menerima gaji melalui wang fiat dan ditukarkan ke emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity) Pelaburan anda dalam saham, hartanah, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah untuk dicairkan. Ianya mungkin memerlukan suatu masa serta perancangan yang minimum selama beberapa hari untuk ditukarkan kepada wang kertas, serta anda perlu lagi menjalankan urusan transaksi urusniaga seharian untuk menyelesaikan isu penjualan tersebut. Ini adalah kerana permintaan segera ke atas bentuk pelaburan tersebut adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, adalah pabila anda ada mempunyai emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi yang bersedia menawarkan harga yang sangat kompetitif.

4. Menguntungkan (Profitable) Keuntungan dari menyimpan dan berjual beli emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi ia mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun dengan secara puratanya memberikan diantara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Mudah Dipindahkan (Portable) Jika anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan beg yang besar untuk mengisinya. Senario tersebut biasanya ada dipaparkan didalam bentuk drama atau filem serta pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. AWAS !!! Sungguh mencurigakan dan kebarangkalian untuk diragut atau dirompak adalah tinggi bukan? Namun, jika anda membawa jumlah nilai RM160k didalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa ada orang lain menyedarinya.

6. Tahan Lama (Durable) Mari kita lihat Harta dan Aset yang anda ada seperti rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Namun sebaliknya, logam emas yang ada pada anda, dapat menahan segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas adalah logam mulia yang bernilai dan hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan kemudiannya kembali mengeras.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship) Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segala-galanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga yang akan menguruskan. Terpulang kepada anda untuk menyimpan dirumah atau di peti simpanan (safety deposit), kerana tiada siapa yang dapat menghalang anda untuk mengambilnya apabila memerlukan. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja anda boleh lakukannya. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya hanya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat dan memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu dipatuhi.Kelewatan sedemikian boleh mengakibatkan kehilangan nyawa manusia.

8. Sangat peribadi (Total Privacy) Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di Era Digital Money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa klik dan saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve. Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun mempunyai spread yang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya. Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu. Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang amat peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum yang patut dikongsikan, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas dan persendirian.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang akan mengetahui jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.

 9. Risiko rendah (Low Risk) Bagi tempoh jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada (Tempoh matang 18 bulan maksimum, sumber daripada UZAR). Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah akan ada masanya dan tika harga emas jatuh sedikit untuk tempoh jangkamasa pendek dan sederhana. Namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi (Selepas harga emas dibuat pembetulan/'correction' dalam nilai emas). Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil. Nota buat anda: Risiko rompakan terhadap harta benda dan aset adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga dengan wang kertas yang mudah terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainnya.

 10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free) Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, tanah, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan dan banyak lagi. Semakin bertambah aset anda, maka semakin tinggi kos pembiayaan yang anda akan tanggung. Itu belum lagi penambahan seperti kos baikpulih, kos penyelenggaraan, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..! Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan mungkin terjadi. Kecuali kepada Umat Islam akan ada Zakat yang perlu dilakukan dengan mengikut uruf bagi sesetengah negeri, khususnya di Malaysia. Anda boleh rujuk di page ini (Pengiraan ZAKAT EMAS)

11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride) Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi dan ia diterjemahkan pada pelbagai bentuk seperti barang perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan serta banyak lagi. Dengan memiliki emas, anda dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak. Akhirnya aset yang anda miliki ini juga boleh diwariskan.

12. Kemakmuran dan Kekayaan dengan Berzakat Kepada anda yang suka bersedekah, menderma, serta berzakat nescaya anda akan mendapat 10 kelebihan.

Lima di Dunia
- membersihkan harta
- membersihkan badan dari dosa
- menolak bala dan penyakit.
- menyenangkan orang-orang mukmin yg miskin.
- menjadikan hartanya berkat.

Lima lagi di Akhirat
- sedekah itu akan menaunginya.
- meringankan hisab.
- memberatkan timbangan amal.
- memudahkan menyeberangi titian sirat.
- meninggikan darjat di dalam syurga.

Sumber: http://myemasperak2u.blogspot.com/2013/06/11-sebab-kenapa-kelebihan-emas.html