Wednesday, September 3, 2014

Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia (KFH Gold Account-i)

Pengenalan kepada Kuwait Finance House

Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.

Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.

Anda boleh lihat di sini produk-produk mereka:
http://www.kfh.com.my/kfhmb/



Pengenalan kepada KFH Gold Account-i

Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).

KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.

Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.

Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:

1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i, anda boleh membaca di website KFH di sini



Jongkong Emas yang dijual oleh KFH

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin daripada Turki.

                                            Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin

Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya, GSR, GCP atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9

                                Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0

Harga Emas KFH Gold Account-i

Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH http://www.kfh.com.my/kfhmb/


Daripada harga emas tersebut didapati spread di antara harga belian dan jualan adalah RM8.10 segram.

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i

Mula-mula kena buat permohonan untuk buka Savings Account. Selepas itu baru boleh buka Gold Account-i

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minimum 10 gram emas.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minimum 2 gram emas di dalam akaun.

(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.

Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.

Semasa membuka akaun tersebut anda boleh meminta untuk mendapatkan emas fizikal.

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di 'laminate', adakah kita boleh membuka sarung laminate emas ini untuk digadaikan (apabila kita memerlukan tunai untuk sesuatu hajat)

Malangnya, pegawai KFH memaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH, antaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.

Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i

1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
    membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.

p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
    maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
    UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Dinar Kelantan, gold bar GSR.

Kesimpulannya.

Tahniah diucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.

Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.

Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 2.58 kali ganda (kenaikan harga 38.49% setahun).


Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.



Dicedok daripada blog Jutawanemas.com