Thursday, December 18, 2014

Mulakan Simpanan Emas Walaupun 1 Gram

Walaupun emas yang lebih besar nampak lebih gah dan menarik, namun ada kelebihannya jika anda memiliki sebahagian simpanan emas dalam denominasi 1 gram.


1. Untuk memiliki bar emas 1 gram anda tidak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya. Ia sememangnya mampu dimiliki oleh kebanyakkan orang.  Waktu yang sesuai untuk membeli emas ialah ketika kita mempunyai duit. Ramai yang menunggu untuk membeli emas ketika harga emas turun tapi sampai ke sudah pun tak beli. Tambahan pula, kita sukar untuk  tahu dengan tepat kadar penurunan dan kenaikan harga pasaran emas.


http://mursyidi.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/Emas-cecah-RM503-satu-gram-menjelang-2020.jpg


2. Mungkin ada masa tertentu kita menghadapi kesuntukan wang yang memaksa kita menjual emas-emas dalam simpanan kita. Jika kita memerlukan wang sekadar RM500, adalah rugi untuk menjual emas sebesar 20 gram atau 50 gram. Inilah masanya untuk kita memanfaatkan emas seberat 1 gram. Di samping itu, emas seberat satu gram lebih mudah dijual kerana ramai mampu membelinya.


3. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi berkilo-kilo. Perkara yang paling penting ialah mulakan langkah pertama anda sekarang dengan membeli bar emas 1 gram. Jika anda istiqamah menyimpan 1 gram sebulan, setahun anda sudah memiliki 12 gram emas.

Dapatkan bar emas untuk simpanan anda di sini